Penjawat awam mengaku tidak bersalah 39 pertuduhan rasuah

TAWAU – Seorang penjawat awam negeri ini pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau atas 39 pertuduhan menerima suapan berkaitan kerja penyelenggaraan jalan di daerah ini.

Tertuduh berumur 59 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Elsie Primus.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas di sebuah jabatan Cawangan Tawau didakwa menerima wang suapan secara berperingkat antara RM200 hingga RM2,200 daripada pengurus akaun dan penyelia tapak sebuah syarikat pembinaan.

Suapan itu sebagai dorongan agar tidak memantau dan menyelia kerja-kerja berkaitan Kontrak No. HQ.46/2019(S) iaitu penyelenggaraan Jalan Sungai Mas, Jalan Maria dan Jalan Mull, Tawau yang dilaksanakan syarikat terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 5 Mei 2020 hingga 1 Ogos 2022 di sekitar daerah Tawau termasuk di sebuah bank di Jalan Utara.

Kes dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan RM15,000 daripadanya dibayar secara tunai serta dua penjamin.

Tertuduh turut di arah melapor diri di pejabat SPRM Tawau sebulan sekali, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan dilarang memohon pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa.

Sekiranya memiliki pasport antarabangsa, dokumen itu perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Mei hadapan untuk sebutan semula kes

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar manakala tertuduh diwakili peguam Nur Hafizah Husna.

Related Posts

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BMW dipandu warga asing tanpa lesen sah disita JPJ

ARAU – Sebuah kereta mewah jenis BMW 523i E60 yang dipandu seorang lelaki warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan jalan raya, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan