35 anak-anak Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah disantuni

KOTA KINABALU – Seramai 35 anak-anak Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah disantuni dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Horizon Hotel Kota Kinabalu pada Sabtu.

Pengurus Besarnya, Stella Chong berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel berkenaan dalam menyantuni golongan memerlukan serta mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat.

“Kami amat berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan dengan warga pertubuhan ini.

“Ini merupakan objektif utama inisiatif CSR kami iaitu untuk memastikan golongan ini sentiasa dirai dan tidak dilupakan,” ujarnya semasa merasmikan majlis berkenaan.

Inisiatif yang memasuki tahun keempat penganjurannya itu bukan sekadar majlis ramah mesra, tetapi turut diserikan dengan pemberian duit raya serta penyerahan cek berjumlah RM3,000 daripada pihak hotel kepada pertubuhan berkenaan.

“Keputusan menyalurkan bantuan tunai itu dibuat selepas mengambil kira keperluan mendesak pihak pertubuhan, khususnya dalam menguruskan fasiliti rumah perlindungan serta menampung kos operasi bilik darjah bagi kegunaan pelajar.

“Kami berharap dengan sumbangan tidak seberapa ini akan dapat mebantu meringankan kos pentadbiran dan memberi keselesaan anak-anak asnaf di rumah berkenaan,” kongsinya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah, Mohd Ali Osman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan pihak hotel yang menaja majlis berkenaan serta menyampaikan sumbangan duit raya.

“Pertubuhan yang beroperasi di Putatan ini menggalas tanggungjawab menyediakan pendidikan secara percuma kepada hampir 300 orang pelajar asnaf dan yatim.

“Setiap sumbangan yang diberikan, walau sekecil mana pun, sebenarnya membawa nilai kebahagiaan yang sangat besar kepada pelajar kami.

“Ia membantu para pelajar mendapatkan keperluan pembelajaran, makanan dan juga sokongan emosi untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan,” jelasnya.

Tambah Mohd Ali, selain pendidikan, Bayu Raudhah turut menjalankan misi kemanusiaan dengan memberikan bantuan makanan kepada keluarga asnaf yang memerlukan.

“Bagi pihak pertubuhan Bayu Raudah, kami mengajak orang ramai untuk sentiasa berinfaq secara istiqamah bagi menyokong masa depan pelajar asnaf dan yatim di bawah seliaan pertubuhan kami.

“Pihak kami menyediakan ruang berinfaq secara istiqamah serendah RM10 setiap bulan. Dengan jumlah yang kecil ini, ia mampu menjadi manfaat yang besar dan berpanjangan buat anak-anak di sini,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah