Kongres Khas DAP sebahagian proses dalaman parti – Fahmi


KUALA LUMPUR – Kongres Khas DAP yang dijadualkan berlangsung pada 12 Julai ini merupakan sebahagian daripada proses dalaman parti itu bagi memastikan setiap ketetapan organisasi dipatuhi.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penganjuran kongres berkenaan telah dimaklumkan lebih awal oleh parti tersebut.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan, kongres itu bertujuan memberi ruang kepada parti berkenaan menyelaraskan keputusan serta memastikan pelaksanaannya dipatuhi dalam organisasi.

“Ini adalah proses dalaman bagi DAP untuk memastikan keputusan yang dicapai dituruti dalam parti mereka. Jadi, itu adalah proses bagi DAP dalam membuat keputusan,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Penyatuan Seni dan Budaya di KL Gateway Mall, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan, kongres khas itu akan memberi peluang kepada perwakilan menentukan sama ada pemegang jawatan parti perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan.

Beliau turut menegaskan bahawa 40 Ahli Parlimen parti berkenaan akan terus menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga tamat penggal pentadbiran.

Sementara itu, Fahmi berkata, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah memperkukuh ekonomi negara serta mempercepat reformasi institusi.

Menurutnya, antara usaha yang sedang digerakkan termasuk penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta RUU mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri yang dijadual dibentangkan bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Hasrat kita adalah untuk memastikan Malaysia berada pada kedudukan terbaik tahun ini, insya-Allah. Saya percaya usaha Kerajaan MADANI berada di landasan tepat dan semua parti komponen memahami ikhtiar ini, termasuk rakan daripada DAP,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii

Belanjawan 2027: Rakyat mahu bantuan bersasar, peluang ekonomi diperkukuh

Belanjawan 2027: Rakyat mahu bantuan bersasar, peluang ekonomi diperkukuh