RM700,000 untuk Kg Nauran, dewan serba guna dan parit konkrit dibina tahun ini

LIMBANG — Peruntukan sebanyak RM700,000 telah diluluskan bagi membina sebuah dewan serba guna di Kampung Nauran serta melaksanakan projek pembinaan parit konkrit bagi menambah baik sistem perparitan di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kedua-dua projek berkenaan dijangka dimulakan tahun ini dan diharap dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk.

Menurut beliau, pembinaan dewan serba guna itu kelak bakal menjadi pusat aktiviti komuniti termasuk program kemasyarakatan, sukan dalaman, majlis perkahwinan dan pertemuan rasmi penduduk kampung.

Tambahnya lagi, pembinaan parit konkrit pula penting bagi mengatasi masalah saliran yang kurang efisien terutama ketika musim hujan, sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat serta kerosakan jalan kampung.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Badudun (ziarah) Ramadan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota yang diadakan di Surau Al-Muqarrabin, malam tadi.

Program tersebut menjadi wadah mendekati masyarakat selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan penduduk setempat.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak dan Tarawih yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Bahagian Limbang, Mohamad Khairul Keranaini.

Seterusnya, Imam Bahagian Limbang, Abdul Rahman Iqbal Aldi menyampaikan tazkirah ringkas yang menyentuh kepentingan ukhuwah, sikap prihatin serta amalan bersedekah sepanjang Ramadan.

Dalam pada itu, seramai 11 penerima daripada golongan asnaf menerima sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai bagi meringankan beban menjelang Aidilfitri.

Abdul Rahman turut menzahirkan komitmen kerajaan untuk terus membantu golongan memerlukan melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan luar bandar.

Program diakhiri dengan jamuan moreh yang memberi peluang kepada para hadirin beramah mesra dalam suasana harmoni.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Nauran, Affendi Mohidin; Timbalan Ketua PBB Cawangan Bukit Kota, Osman Salleh; Imam dan Pengerusi Surau Al-Muqarrabin Kampung Nauran, Shafie Jakop.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan