Anwar, Lawrence perkukuh hubungan dua hala Malaysia–Singapura

KUALA LUMPUR – Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan perbincangan itu turut menyentuh langkah penyelesaian beberapa isu tertunggak selain memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama antara Malaysia dan Singapura.

“Saya amat menghargai kunjungan Perdana Menteri Lawrence yang menjadi manifestasi persahabatan kedua-dua negara, di samping memperteguhkan hubungan peribadi antara kami.

“Semoga pertemuan ini serta keberkatan Ramadan terus menyuburkan persefahaman dan kemakmuran berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau berkata, pertemuan itu mempunyai nilai simbolik tersendiri kerana berlangsung di Seri Negara, bangunan bersejarah yang pernah menjadi lokasi pemeteraian beberapa peristiwa penting negara termasuk Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perjanjian Kemerdekaan 1957.

“Saya dan PM Lawrence meneruskan coretan sejarah ini dalam pertemuan selama hampir tiga jam.

“Kami sempat meninjau serta mendengar penerangan mengenai sejarah dan usaha pemuliharaan Seri Negara menerusi inisiatif Warisan Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam rangka lawatan khas itu, Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sebagai tanda penghargaan kepada Wong.

Wong yang tiba di negara ini pada jam 4.05 petang berlepas pulang pada malam hari sama selepas menamatkan lawatan singkat tersebut.

Kementerian Luar sebelum ini memaklumkan kedua-dua pemimpin dijangka meneliti perkembangan kerjasama dua hala serta membincangkan isu berkepentingan bersama, termasuk susulan hasil pemukiman pemimpin pada 4 Disember lalu.

Dari segi ekonomi, Singapura kekal sebagai rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM402.35 bilion (AS$93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, Wong turut merakamkan penghargaan atas jemputan berbuka puasa sepanjang lawatan berkenaan.

“Terima kasih PM Anwar Ibrahim atas undangan untuk menyertai anda berbuka puasa di Kuala Lumpur, bertempat di Seri Negara yang bersejarah.

“Saya amat menghargai layanan mesra yang diberikan serta peluang untuk bertukar-tukar pandangan secara terbuka mengenai pelbagai isu.

“Mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh barakah kepada anda dan seluruh rakyat Malaysia. Saya menantikan pertemuan kita yang seterusnya,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook rasmi beliau.

Sebelum pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin turut meninjau beberapa galeri di bangunan berkenaan, termasuk Ruang Merdeka: Galeri Khazanah.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli