Bersatu Raub, Lipis umum ‘tutup kedai’

RAUB – Bersatu Bahagian Raub dan Lipis ‘dibubarkan’ susulan kepemimpinan dan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian itu keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan.

Ketua Bersatu Raub, Datuk Fakrunizam Ibrahim berkata, tindakan keluar parti diputuskan selepas menilai pelbagai isu disifatkan bercanggah dengan prinsip perjuangan mereka.

Beliau mendakwa keputusan itu dibuat demi menjaga ‘akhlak dan integriti’.

Katanya, parti politik sekadar platform tetapi prinsip perjuangan dan nilai moral mesti kekal konsisten.

“Kami tidak mahu mengulangi kesilapan kepimpinan terdahulu dalam beberapa parti lain seperti Umno, PKR, Amanah dan Pas,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, petang tadi.

Fakrunizam berkata, terdapat isu moral membabitkan pimpinan tertinggi Bersatu dan salah laku peribadi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi.

Menurutnya, pembubaran bahagian itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keperluan penyelarasan pentadbiran, pengukuhan jentera serta penetapan hala tuju politik di Raub.

Sementara itu, Ketua Bersatu Lipis, Nor Alias Ibrahim berkata, majoriti pimpinan bahagian dan cawangan menyokong keputusan keluar parti selepas perbincangan serta tinjauan di peringkat akar umbi dilakukan.

Beliau berkata, sebahagian besar pimpinan cawangan mahu perjuangan selepas ini terus berteraskan nilai agama, integriti dan prinsip moral.

“Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh semula organisasi serta menyusun strategi baharu bagi menghadapi landskap politik semasa semakin mencabar,” katanya.

Related Posts

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

PENINGKATAN undi Pakatan Harapan (PH) sebanyak hampir 67 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 menunjukkan gabungan itu masih mempunyai sokongan yang kukuh dalam kalangan rakyat negeri berkenaan. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak menjawab secara langsung soalan berhubung pendiriannya terhadap janji untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS