Anggota tentera meninggal dunia lepas tak sedarkan diri

KUANTAN – Seorang anggota tentera yang mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, dekat sini, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, Truper K Indiran, 22, ditemukan tidak sedarkan diri Rabu lalu di kem terbabit sebelum dikejarkan ke hospital itu bagi rawatan lanjut.

Beliau berkata, anggota terbabit dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam.

Katanya, proses bedah siasat terhadap mayat anggota terbabit dilakukan di Jabatan Perubatan Foresik hospital berkenaan pagi tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan kerosakan organ dalaman dialami anggota berkenaan.

“Sehingga kini punca kematian belum dapat dipastikan dan polis sedang menunggu laporan kimia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Yahaya berkata, buat masa ini, kes kematian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum ini tular di media sosial, mendakwa kematian anggota berkenaan dikaitkan dengan kes buli.

Indiran adalah anak bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejor C Kayamboo, yang terbunuh akibat nahas pesawat jenis Beechraft B200T di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.

Ibunya, S Usha, 52, serta ahli keluarga terdekat berada di Jabatan Perubatan Forensik, HTAA, ketika proses bedah siasat dijalankan.

Mayat anggota tentera terbabit dijangka dituntut petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu Batu Lanchang, Pulau Pinang, bersebelahan pusara mendiang bapanya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa