Adik Putera Charles ditahan bantu siasatan salah guna kuasa, perdagang wanita

UNITED KINGDOM – Adik kepada Putera Charles lll, Andrew Mountbatten-Windsor ditahan kerana didakwa melakukan penyalahgunaan kedudukan ketika menjalankan tugas rasmi.

Penyalahgunaan kedudukan itu didakwa dilakukan ketika beliau berkhidmat sebagai utusan perdagangan United Kingdom (UK) sehingga meletakkan jawatan pada 2011.

Pegawai penguatkuasa dilaporkan tiba di kediaman Andrew di Sandringham, iaitu tanah milik Putera Charles di Norfolk, pada awal pagi semalam, lapor AFP.

Polis memaklumkan mereka turut menggeledah beberapa alamat di Norfolk dan Berkshire iaitu lokasi bekas putera berkenaan menetap sehingga dia meninggalkan kediamannya di Windsor bulan ini.

Sebelum ini, polis menyatakan mereka sedang meneliti dakwaan seorang wanita diperdagangkan ke UK oleh Jeffrey Epstein bagi tujuan mengadakan pertemuan seksual dengan Andrew.

Malah, terdapat juga dakwaan beliau berkongsi maklumat sensitif dengan pesalah seks yang sudah disabitkan kesalahan itu ketika memegang jawatan sebagai utusan perdagangan UK.

Bagaimanapun, Andrew menafikan tuduhan terhadapnya dan menegaskan beliau tidak pernah menyaksikan atau melakukan sebarang perlakuan seperti yang didakwa terhadap Epstein.

Namun, beliau sehingga kini belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan terbaharu berkaitan salah laku dalam jawatan awam.

Andrew bagaimanapun dibebaskan selepas 12 jam disoal siasat.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony