BANDA HILIR – Pakatan Harapan (PH) kini mendahului di lima kerusi daripada Dewan Undang Negeri (DUN) daripada 24 kerusi yang dipertandingkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
PH kini mendahului antaranya di DUN Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
Majoriti terbesar tidak rasmi setakat jam 8 malam tadi direkodkan di Ayer Keroh yang diwakili Kerk Chee Yee iaitu lebih 4,520 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Michael Gan yang memperoleh 1,982.
Di Kesidang, calon PH, Allex Seah Shoo Chin mendahului dengan 1,515 undi, diikuti calon PN, Albert Kok (314 undi) dan calon Bersama, Dr Bryan Kek (217 undi).
Sementara itu, calon PH, Low Chee Leong terus mendahului di Kota Laksamana dengan 9,892 undi, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Melvin Chua (2414 undi) dan calon BERSAMA, Ethan Lim Zhi Hao (1086 undi).
Di Bandar Hilir pula, calon PH, Leng Chau Yen memperoleh 6,688 undi berbanding calon BN, Jasmine Lok (1407 undi) dan calon Bersama, Dr Rashidi Jalil (881 undi).
Bagaimanapun, keputusan berkenaan masih tidak rasmi dan proses penjumlahan undi masih berlangsung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan keputusan rasmi pertama dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 9.30 malam, manakala keputusan keseluruhan 28 kerusi dijangka selesai sebelum tengah malam.



