Wanita maut kemalangan 3 kenderaan Lebuhraya PLUS

RAWANG – Seorang penumpang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara–Selatan berhampiran Bukit Beruntung, menghala ke Kuala Lumpur, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.33 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori treler dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an yang membawa muatan kapur. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang memandu Honda City dilaporkan cedera ringan.

“Dalam kejadian sama, seorang wanita berusia 50-an yang merupakan penumpang Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi lelaki berusia 30-an yang memandu kereta BMW tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan dan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat dikendalikan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dengan bantuan tiga jentera iaitu Fire Rescue Tender (FRT), Rapid Response Vehicle (RRV) dan Compact Fire Rescue Tender (CFRT).

Related Posts

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta