Kaedah belajar al-Quran perlu ikut perkembangan semasa

KUANTAN – Evolusi dalam teknik pengajaran al-Quran kini menjadi keperluan mendesak bagi memastikan sesi pembelajaran kekal menarik dan tidak membosankan para pelajar.

Perkara itu antara dibangkitkan dalam pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Metode Pembelajaran Al-Quran Profesionalisme Semasa’ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Beliau berkata, kaedah pembelajaran sedia ada memerlukan perubahan drastik dengan merujuk kepada pendekatan pendidikan Islam semasa.

“Kertas kerja ini menekankan keperluan gabungan elemen profesionalisme dan kaedah kontemporari sebagai kunci untuk menarik minat generasi muda.

“Ia sekali gus memastikan proses pembelajaran tidak lagi dianggap sebagai rutin yang mendatar,” katanya kepada The Malaysia Press.

Misi 12 Tahun Celik al-Quran

Ahmad Irshadi menjelaskan, inisiatif ini selaras dengan hasrat murni Kerajaan Pahang yang meletakkan sasaran tinggi terhadap pembangunan modal insan berasaskan wahyu.

Katanya, antara objektif utama yang digariskan adalah kemahiran membaca dengan memastikan rakyat Pahang, khususnya kanak-kanak seawal usia 12 tahun, sudah mahir dan lancar membaca al-Quran.

Selain itu, jelasnya lagi, kefahaman mendalam juga perlu diterapkan supaya generasi muda terutamanya, tidak sekadar membaca, tapi memahami isi kandungan al-Quran secara holistik.

“Begitu juga dengan penghayatan al-Quran melalui penterjemahan nilai-nilai al-Quran itu sendiri ke dalam amalan dan sahsiah kehidupan seharian,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, langkah proaktif ini adalah manifestasi kepada cita-cita Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang ingin melihat kelahiran sebuah ‘Masyarakat Qurani, Negeri Dirahmati’ di negeri ini.

Dengan penerapan metode profesional yang lebih segar, usaha ini diharap dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja celik huruf al-Quran, malah memiliki jati diri yang kukuh berlandaskan syariat demi kemakmuran negeri secara berterusan.

Related Posts

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

MIRI – Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menyantuni penduduk setempat di Riam Mosjaya di sini bagi meraikan sambutan Hari Bapa, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

MUKAH – Seramai 38 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah ini diuji menerusi Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi mencungkil bakat baharu atlet pelapis para…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Awang cuba ‘sekolahkan’ Mohd Sany, akhirnya isu bertumbuk makan diri

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup