Lelaki disyaki bunuh isteri, anak dan ibu sebelum bunuh diri

KUANTAN – Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating Damai, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, empat mayat ditemukan dalam sebuah bilik dan mayat seorang wanita dengan kesan berlumuran darah ditemukan di dapur kediaman terbabit.

Semua mayat ditemukan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga adik kepada suspek utama, selepas terdengar kekecohan di kediaman berkenaan.

Katanya, mayat berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun, isterinya berusia 28 tahun, dua kanak-kanak perempuan anak pasangan terbabit berusia tiga dan empat tahun serta nenek kanak-kanak terbabit berusia 53 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pagi tadi, suspek utama dipercayai membunuh isteri dan dua anak dalam sebuah bilik.

“Suspek kemudian disyaki membunuh ibunya di dapur dan membunuh diri dalam bilik dan mayatnya ditemukan bersama isteri dan dua anaknya.

“Terdapat kesan kelar di beberapa bahagian badan setiap mangsa dan polis sudah menemui pisau dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya, lapor Berita Harian.

Yahaya berkata, berdasarkan maklumat awal suspek utama kes pembunuhan berhenti kerja di Selangor bulan lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit kini bekerja di daerah ini dan tinggal di rumah ibunya bersama keluarga dan tiga adiknya.

“Motif kejadian sedang disiasat termasuk menyemak jika suspek utama mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dan juga aspek lain termasuk masalah kewangan,” katanya.

Semua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI