Lelaki 41 tahun ditahan bersama 8.8 gram syabu

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun diberkas polis selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu seberat kira-kira 8.8 gram dalam satu rondaan cegah jenayah di Jalan Simpang Paip, di sini, pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat oleh anggota MPV STK 102 Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) sekitar jam 6 petang ketika menjalankan rondaan rutin di kawasan berkenaan.

“Anggota MPV telah mengesan sebuah motosikal jenis Yamaha SS2 berwarna merah yang ditunggang dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahannya untuk pemeriksaan lanjut.”

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan sejumlah dadah dipercayai jenis syabu yang disimpan dalam beg silang suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pemeriksaan awal ke atas tubuh badan suspek tidak menemui sebarang barang salah. Namun, pemeriksaan lanjut terhadap beg silang berwarna hitam bertulis “Casual X-Copper” yang dipakai suspek menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu seberat kira-kira 5.5 gram.

Turut dirampas sebuah bekas gula-gula berwarna hijau bertulis “Mentos Pure Fresh” yang di dalamnya mengandungi 10 paket plastik kecil lutsinar berisi bahan sama dengan anggaran berat kira-kira 3.4 gram.

Suspek turut mengaku secara lisan dadah berkenaan adalah miliknya dan dipercayai untuk diedarkan kepada pembeli di sekitar kawasan Saratok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan seperti diperuntukkan di bawah akta berkenaan.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak