Lebih 10,000 hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sabah, bukti perpaduan kukuh

KOTA KINABALU – Lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat membanjiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Kerajaan Negeri Sabah yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Acara dimulakan dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin; disusuli Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Arifin.

Sebagai simbolik perasmian, Musa dan Hajiji memukul gendang sebelum bersama tetamu kehormat lain menggaul Yee Sang, tradisi yang melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan tuah sempena Tahun Baharu Cina.

Sambutan kali ini tampil istimewa apabila 15 hotel terkemuka di sekitar ibu negeri bergabung menyediakan pelbagai juadah untuk para tetamu. Hidangan yang disajikan mencerminkan kepelbagaian cita rasa dan budaya, sekali gus menambah kemeriahan suasana.

Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Tionghua, malah turut disertai rakyat pelbagai kaum termasuk pelancong dari dalam dan luar negara yang mengambil peluang merasai keunikan sambutan perayaan di Sabah.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan dan kumpulan tarian tradisional, selain cabutan bertuah yang menambah keterujaan dalam kalangan pengunjung.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24