Agensi kerajaan punyai peranan tersendiri dalam komunikasi kerajaan – KP JKOM

IPOH – Setiap agensi kerajaan mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dalam menyebarkan komunikasi kerajaan kepada rakyat, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, ekosistem komunikasi kerajaan adalah besar dan melibatkan pelbagai agensi, manakala JKOM merupakan salah satu agensi Sosial Politik (SOSPOL) yang berperanan dalam menguruskan komunikasi strategik di peringkat komuniti.

Menurutnya, usaha membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan keikhlasan serta tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

“Membina keyakinan bukan mudah. Sewaktu ada kuasa, lakukan apa yang sepatutnya. Kuasa itu bukan untuk parti, sebaliknya merupakan tanggungjawab dalam menjaga negara,” tegas beliau.

Ismail berkata demikian ketika menjawab sesi soal jawab pada Program Key Communicator (KC) Parlimen Tambun yang berlangsung di Bilik Gerakan Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Maahad Al Ummah Chemor, di sini, pada Ahad.

Program tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia Cawangan Perak, Mustaffa Bakar serta lebih 60 orang KC Parlimen Tambun.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, selain menyampaikan maklumat kerajaan secara langsung di peringkat lapangan, JKOM juga sedaya upaya melaksanakan yang terbaik.

“Kita tidak sempurna, namun JKOM sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan memperbaiki kelemahan dalam menyampaikan maklumat, khususnya berkaitan Kerajaan MADANI.

“Sebab itu kita perlu membawa naratif baharu agar rakyat benar-benar dapat memahami dan merasai dasar serta inisiatif yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Related Posts

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

PUTRAJAYA –  Peruntukan sebanyak RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 antara cadangan utama yang sedang diteliti kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air