‎Mesra Santai bukti keprihatinan Ahli Parlimen Sepanggar terhadap penduduk Talungan

KOTA KINABALU – Penduduk Kampung Talungan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sepanggar atas keprihatinan serta sumbangan yang disalurkan kepada penduduk kampung menerusi Program Mesra Santai di kampung berkenaan.

‎Ketua Kampung Talungan, Mary Ganam berkata, sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada penduduk kampung, khususnya dalam membantu menampung barangan dapur keluarga.

‎“Bagi pihak penduduk Kampung Talungan, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sepanggar atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan kepada penduduk kampung.

‎”Saya berharap perhatian yang diberikan kepada Kampung Talungan tidak terhenti kepada sumbangan ini sebaliknya meliputi aspek pembangunan jangka panjang yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti,” katanya
‎ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

‎Tambahnya, antara perkara yang dibangkitkan termasuk cadangan menaik taraf dewan kampung yang dibina pada tahun 2007 dan kini berperanan sebagai pusat komuniti utama penduduk, selain keperluan penambahbaikan infrastruktur asas seperti jalan raya kampung.

‎Sementara itu, Setiausaha Sulit, Ahli Parlimen Sepanggar, Rafee jaffar berkata, program julung kali dianjurkan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

‎Tambahnya, segala input yang diperolehi daripada penduduk kampung berkenaan akan maklumkan kepada Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts. Mustapha Sakmud

‎Untuk rekod, Kampung Talungan mempunyai lebih 600 penduduk, manakala kawasan sekitarnya melibatkan kira-kira lima buah kampung dengan anggaran keseluruhan melebihi 2,000 penduduk.

Related Posts

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyantuni mangsa yang terjejas dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Baru Medamit di sini, hari ini. Dalam lawatan itu, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah