UNISEL manfaatkan kepakaran KP JKOM dalam program Sarjana Sains Politik

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop dilantik sebagai Ahli Penasihat Luar (Industri) bagi Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Program Sarjana Sains Politik, Universiti Selangor (UNISEL).

Pelantikan itu berkuat kuasa mulai 1 Disember 2025 hingga 30 November 2027.

Menerusi hantaran di Facebook, Ismail menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak UNISEL atas kepercayaan serta penghormatan yang diberikan kepadanya.

“Pelantikan ini merupakan satu amanah yang besar dan saya menerimanya dengan penuh rasa tanggungjawab serta komitmen untuk menyumbang sebaik mungkin demi memperkukuh kualiti akademik dan kerelevanan program ini dengan keperluan semasa industri serta landskap politik negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelantikan berkenaan diharap dapat menjadi platform kerjasama yang berkesan antara pihak universiti dan industri, khususnya dalam memastikan kurikulum yang ditawarkan sentiasa dinamik, praktikal dan selari dengan realiti dunia pekerjaan.

Ismail turut menyatakan kesediaan untuk menyumbang idea, pandangan serta pengalaman bagi membantu melahirkan graduan Sarjana Sains Politik yang berpengetahuan, berdaya saing dan berintegriti tinggi.

“Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan UNISEL atas kepercayaan ini. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memberikan manfaat besar kepada universiti, para pelajar serta pembangunan ilmu dan kepimpinan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Untuk rekod, beliau dilantik bagi penggal pertama sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia pada 2018.

Beliau juga pernah berperanan sebagai Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan.

Selain itu, Ismail berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan latihan apabila pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) merangkap Timbalan Ketua Pengarah JKOM sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu berkuat kuasa Januari 2025.

Related Posts

JKOM perlu jadi jambatan hubung dasar kerajaan, realiti rakyat – KSN

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) perlu sentiasa memastikan setiap komunikasi yang disampaikan kepada masyarakat berasaskan kebenaran dan membina kepercayaan yang utuh. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan memahami keresahan rakyat isu Rohingya, JKOM akan angkat kepada pihak berwajib

PUTRAJAYA – Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung isu kebanjiran warga Rohingya dan aktiviti mereka di beberapa lokasi yang menjadi perhatian umum di negara ini terutama di kawasan Sungai Tekali,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja baik pulih paip utama dipergiat, bekalan air Miri dijangka pulih segera

Kerja baik pulih paip utama dipergiat, bekalan air Miri dijangka pulih segera

JKOM perlu jadi jambatan hubung dasar kerajaan, realiti rakyat – KSN

JKOM perlu jadi jambatan hubung dasar kerajaan, realiti rakyat – KSN

Tolak sentimen perkauman kunci utama keharmonian, kestabilan Sarawak – Dr Annuar

Tolak sentimen perkauman kunci utama keharmonian, kestabilan Sarawak – Dr Annuar

IGMS dipuji wujudkan platform rancang hala tuju Melayu Sarawak

IGMS dipuji wujudkan platform rancang hala tuju Melayu Sarawak

Kuasai bahasa Inggeris demi pasaran kerja global, Sarawak tidak pinggir bahasa kebangsaan