Pesta Selera Kota Kinabalu cerminkan kemeriahan bandar raya, tarik penduduk dan pelancong

KOTA KINABALU – Pesta Selera Kota Kinabalu yang sebelum ini dikenali sebagai Pesta Makan-Makan tampil dengan wajah baharu apabila dilancarkan sebagai platform inklusif bagi mempamerkan keindahan dan kemeriahan bandar raya ini kepada penduduk tempatan serta pelancong.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, penganjuran pesta dua hari pada 6 dan 7 Februari itu bertujuan memberi ruang kepada orang ramai menikmati suasana bandar raya.

“Orang ramai boleh menikmati melalui gabungan makanan, hiburan dan pelbagai aktiviti komuniti yang diadakan serentak di beberapa lokasi tumpuan termasuk Jeti DBKK dan Lintasan Deasoka.

“Jadi, selepas penat di sana, mereka boleh datang ke sini dengar lagu-lagu, menikmati makanan dan sebagainya.

“Selain daripada itu, sudah tentu program ini lebih inklusif kerana ia bukan sahaja terbuka kepada muda-mudi dan kepada mereka yang membawa keluarga tetapi juga kepada pelancong-pelancong daripada luar,” kongsinya kepada media selepas perasmian Pesta Selera 2026 Sempena Ulang Tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu di Pekarangan Bangunan DBKK, di sini pada Jumaat.

Tambah Sabin, keunikan pesta tahun ini terserlah menerusi pembahagian kawasan kepada lima zon utama iaitu Zon Makanan Barat dan Panggang, Zon Makanan Viral dan Buah-buahan, Zon Artisan, Zon Makanan Sabah serta Zon Ruang Orang Muda yang diperkenalkan khas untuk memberi peluang kepada belia untuk memulakan perniagaan.

“Zon Ruangan Orang Muda dilihat sebagai platform terbaik untuk anak muda menjana pendapatan sampingan, membina jaringan perniagaan serta mencungkil potensi keusahawanan dalam suasana yang kondusif dan mesra komuniti,” katanya.

Tambahnya lagi, program berkenaan akan dijadikan acara berkala, dua kali sebulan, bagi memberi lebih ramai peniaga berpeluang menambah pendapatan atau menjadikan perniagaan sebagai sumber rezeki utama.

Pesta Selera Kota Kinabalu dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu, dengan pelbagai acara sampingan dijadualkan termasuk pertandingan Strongman dan pameran kereta pada hari kedua penganjuran.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak