PRN Sarawak: Penganalisis jangka bubar DUN lepas Gawai

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan sebaik sahaja sambutan Gawai Dayak berakhir pada Jun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Penganalisis politik, Datuk Prof Dr Jayum Jawan berkata, jangkaan itu didorong oleh musim perayaan bermula Tahun Baharu Cina, Aidilfitri hingga ke Gawai yang mewujudkan momentum positif dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, suasana harmoni tersebut membuka peluang paling strategik buat kerajaan Sarawak untuk kembali kepada rakyat bagi mendapatkan mandat baharu.

“Sebenarnya, isyarat pembubaran awal DUN sudah mula kelihatan sejak suku keempat tahun lalu lagi.

“Suasana politik semasa juga dilihat sangat memihak kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan komponennya untuk kekal dominan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Modal kempen kukuh

Jayum yang juga penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM berkata, kepemimpinan GPS di bawah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memiliki kelebihan besar menerusi rekod penyampaian projek mega.

Jelasnya, inisiatif seperti Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), tenaga hijau dan operasi syarikat penerbangan AirBorneo menjadi bukti kejayaan yang akan dicanang sepanjang kempen.

“Ditambah pula dengan kelulusan Belanjawan Negeri 2026 yang mesra rakyat termasuk kenaikan gaji penjawat awam dan pendidikan percuma, naratif ini sukar ditangkis oleh pihak lawan,” ujarnya.

Laluan sukar pembangkang

Mengulas lanjut, Jayum melihat parti pembangkang khususnya DAP dan PKR bakal berdepan jalan sukar susulan sentimen menolak ‘parti luar’ yang semakin menebal seperti berlaku di Sabah.

Ujarnya, ketiadaan pembangkang tempatan yang berwibawa selepas pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) turut menjadikan GPS seolah-olah tiada pencabar serius.

Selain itu, kata Jayum lagi, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah dihidupkan semula belum mampu mencabar kekuatan politik GPS.

“Manakala, Parti Bumi Kenyalang (PBK) kelihatan lantang di media sosial tetapi kurang sentuhan pada peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan komponen GPS berasaskan Dayak seperti PRS dan PDP supaya tidak terlalu selesa kerana isu pembangunan masyarakat luar bandar masih menjadi modal kritikan akar umbi.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri adalah pada 18 Disember 2021.

Foto: Universiti Putra Malaysia Sarawak

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak