Tindakan tegas terhadap pihak gugat keselamatan negara – PM Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau akan mengambil tindakan maksimum terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keselamatan negara, terutamanya ketika negara menerima kunjungan tetamu rasmi hari ini.

Beliau berkata, arahan tegas itu telah disampaikan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam mesyuarat Kabinet semalam, dan mesej sama juga dihantar kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

“Nak bagi pandangan dan kritikan, boleh. Di negara ini bebas tapi kalau kamu ganggu gugat keselamatan negara dan cuba khianati, persulitkan keadaan ketika ada tamu negara kita, percayalah, saya akan ambil tindakan maksimum, tangkap dan humbankan mereka,” katanya.

Anwar yang juga Presiden PKR menekankan agar isu sensitif tidak dieksploitasi sehingga menjejaskan keharmonian antara kaum Melayu, Cina, dan India, sambil menegaskan keselamatan negara tidak boleh dikompromi atas apa jua alasan.

Selain itu, Perdana Menteri turut memberi amaran kepada peserta perhimpunan supaya tidak melebihi peranan mereka atau bertindak seolah-olah penguat kuasa undang-undang.

“Jangan hasut sampai benci satu sama lain. Jangan langgar prinsip undang-undang. Kamu bukan hakim atau ketua polis. Kamu nak ambil alih tugas ketua polis, kami tangkap dan humban kamu. Percayalah, nak cuba, cuba hari ini dan tengok,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis Kuala Lumpur memaklumkan perhimpunan berhampiran kompleks beli-belah Sogo tidak dibenarkan diteruskan atas faktor keselamatan awam, walaupun penganjur bertegas untuk meneruskannya.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh gabungan pertubuhan diketuai pendakwah Zamri Vinoth, bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang didakwa ‘haram’.

Anwar mengulangi pendiriannya menentang pembinaan kuil secara tidak sah dan menegaskan bahawa semua rumah ibadat, sama ada masjid, gereja atau kuil, mesti mematuhi undang-undang.

“Jika kita melanggar peraturan, hasilnya hanyalah kebencian dan masalah tidak akan dapat diselesaikan,” tegas beliau.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak