Atlet pelayaran, silat ungguli Anugerah Sukan Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Atlet pelayaran negara, Muhammad Asnawi Iqbal Adam dan pesilat kebangsaan, Nor Farah Mazlan masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Negeri Sabah bagi tahun 2023 – 2024.

Kedua-dua atlet itu menerima anugerah yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Asnawi, 20, berasal dari Kota Kinabalu, mencatat pencapaian di peringkat antarabangsa apabila memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA Cambodia 2023 serta pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, China 2024, selain meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024.

Mengulas anugerah tertinggi sukan negeri yang diterimanya, Asnawi menyatakan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut.

“Saya sangat bersyukur dan tidak sangka dapat menerima anugerah ini. Alhamdulillah, ini rezeki saya pada tahun 2023 dan 2024,” katanya.

Beliau yang mula berkecimpung dalam sukan pelayaran sejak usia 6 tahun berkata, sasaran seterusnya adalah untuk terus meningkatkan prestasi dengan matlamat mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik.

Sementara itu, Nor Farah, 28, berasal dari Kota Belud, terus mengukuhkan reputasi sebagai antara pesilat wanita terbaik negara selepas menjuarai Sukan SEA 2023 di Cambodia, Kejohanan Asia 2023 di Dubai serta Kejohanan Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Nor Farah berkata penerimaan anugerah itu menjadi pendorong untuk beliau mengekalkan prestasi dalam suasana persaingan yang semakin mencabar.

“Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan pencapaian sekarang dan akan terus berusaha untuk kekalkan momentum bagi kejohanan besar akan datang,” katanya

Related Posts

Lelaki hilang hampir dua minggu ditemui selamat di Jalan Selalang

SARATOK – Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun kelapa sawit di Kampung Empayang, Kabong sejak 12 Jun lalu akhirnya terungkai apabila mangsa ditemui selamat pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
7,387 pesawah Selangor terima RM500 sehektar, nelayan nikmati subsidi bahan api RM1,800

SHAH ALAM – Seramai 7,387 pesawah di Selangor bakal menerima Bantuan Sektor Pertanian secara tunai sebanyak RM500 bagi setiap hektar sawah yang diusahakan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki hilang hampir dua minggu ditemui selamat di Jalan Selalang

Lelaki hilang hampir dua minggu ditemui selamat di Jalan Selalang

80 peratus kem pelarian Gaza diancam serangan tikus, sisa kumbahan limpah terbuka

  • By Siti
  • June 24, 2026
80 peratus kem pelarian Gaza diancam serangan tikus, sisa kumbahan limpah terbuka

7,387 pesawah Selangor terima RM500 sehektar, nelayan nikmati subsidi bahan api RM1,800

7,387 pesawah Selangor terima RM500 sehektar, nelayan nikmati subsidi bahan api RM1,800

Ronaldo beri amaran, bantu Portugal belasah Uzbekistan 5-0

Ronaldo beri amaran, bantu Portugal belasah Uzbekistan 5-0

Pelajar wanita IPTS ditemukan tidak bernyawa dalam kondominium

Pelajar wanita IPTS ditemukan tidak bernyawa dalam kondominium

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global