Malaysia mula hantar 40,000 naskah al-Quran, terjemahan ke tiga negara

PUTRAJAYA – Malaysia menghantar 40,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan ke Washington, Amerika Syarikat; Ivory Coast dan Ghana, hari ini, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan negara dalam menyebarkan nilai Islam dan ilmu al-Quran ke seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan berkata, penghantaran itu dilaksanakan melalui Kompleks Nasyrul Quran dengan kerjasama Yayasan Restu serta penyumbang wakaf.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada projek ‘Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran’ diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyebarkan risalah al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia.

“Penghantaran al-Quran ini bukan sekadar misi logistik, tetapi satu amanah dakwah dan kemanusiaan.

“Ia melambangkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kefahaman Islam yang rahmatan lil ‘alamin di peringkat global,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Dua Kontena Penghantaran al-Quran dengan Terjemahan ke Washington, Ivory Coast dan Ghana, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, setakat ini Malaysia menghantar al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke lebih 40 negara.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Datuk Dr Abdul Latiff Mirasa berkata, penghantaran itu adalah sebahagian daripada komitmen yayasan tersebut dalam menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab percetakan, penterjemahan dan pengedaran al-Quran bertaraf antarabangsa.

“Penghantaran ini melengkapkan 553,966 naskah yang sudah disalurkan ke beberapa negara melalui pelbagai agensi dan organisasi,” katanya.

Penghantaran itu meliputi 20,000 naskhah al-Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol Eropah (Spanish Europe) dan Bahasa Sepanyol Latin (Spanish Latin) ke Amerika Syarikat (Washington); dan 20,000 al-Quran terjemahan Bahasa Perancis dan Inggeris ke Ivory Coast dan Ghana.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff