Doa berterusan tuntut keadilan, luahan ibu Zara Qairina undang sebak

KOTA KINABALU – Perkongsian seorang ibu yang kehilangan anak tersayang sekali lagi meruntun perasaan warga maya apabila ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat meluahkan rasa rindu dan harapan melalui satu coretan penuh emosi di media sosial miliknya.

Noraidah berkata, bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan, inkues di Mahkamah Koroner akan dihentikan sementara.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu doanya tidak pernah berhenti dan menyeru orang ramai untuk terus bersama-sama mendoakan agar keadilan dapat ditegakkan.

“Mari kita teruskan… Bacaan Yassin setiap hari, solat hajat setiap hari dan doa yang tak pernah putus.

“Doakan semoga inkues berjalan lancar bermula 31 Mac 2026 nanti, ” kongsinya di Facebook, pada Jumaat.


Perkongsian tersebut turut disertakan dengan gambar sebuah buku doa milik Allahyarhamah Zara Qairina yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

Buku itu menjadi saksi rutin doa Allahyarhamah, dengan setiap doa ditanda mengikut warna.

Perkongisan itu mengundang sebak dalam kalangan warganet yang turut mendoakan kesejahteraan Zara.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan