SARA RM100 dikredit automatik ke MyKad mulai Isnin

PROGRAM SARA Untuk Semua menyediakan bantuan sekali beri berjumlah RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima bermula Isnin ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, semakan kelayakan boleh dibuat mulai hari ini melalui portal rasmi sara.gov.my.

Amir Hamzah berkata, peruntukan berjumlah RM2.2 bilion disediakan untuk semua warganegara yang layak tanpa perlu membuat permohonan.

“Tiada permohonan diperlukan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing serta sah digunakan sehingga 31 Disember 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai jumlah peruntukan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui sistem MyKasih dan nilai transaksi yang dijana sepanjang 2025.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup secara bersasar tanpa tunai.

Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan memasukkan barangan basah sebagai kategori baharu di bawah SARA bagi memastikan kualiti, keselamatan makanan dan jaminan pengguna terjamin sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.Beliau turut memaklumkan bahawa setakat 3 Februari lalu, jumlah rakan niaga SARA meningkat kepada 10,700 kedai di seluruh negara berbanding hanya 700 pada 2024, dengan kira-kira 3,000 daripadanya adalah peniaga kecil.

“Kami mendengar perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menegaskan kami akan melebarkan lagi jaringan SARA dan disasarkan untuk tahun ini peningkatan kedai runcit adalah sehingga 10,000 kedai.

“Ini juga akan mengurangkan liputan, dianggarkan jarak daripada kedai runcit terdekat kepada seorang penerima berkurang daripada 10 kilometer (km) kepada tujuh km,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Zaliha yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bersedia menambah baik syarat serta tempoh kelulusan permohonan sebagai rakan niaga SARA, selain memasukkan barangan basah sebagai kategori produk baharu.

Related Posts

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

KAMPAR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan setiap aduan atau tuduhan yang tular di media sosial melibatkan penjawat awam akan melalui proses siasatan dan penelitian terperinci sebelum sebarang tindakan diambil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan skim Lindung 24 Jam yang bermula hari ini membuka lembaran baharu dalam sistem perlindungan sosial negara apabila lebih sembilan juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi