Sambut baik pengambilan 20,000 guru, ambil kira keperluan Sabah

KOTA KINABALU – Pemuda Gagasan Rakyat menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai pembukaan permohonan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan kontrak bagi memenuhi keperluan guru di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim berkata, proses pengambilan guru baharu ini perlu dilaksanakan secara lebih strategik dan bersasar dengan mengambil kira keperluan guru tempatan Sabah dan cabaran pendidikan di kawasan luar bandar serta pedalaman.

Katanya, keutamaan wajar diberikan kepada anak jati Sabah dalam pengambilan bakal guru di negeri ini bagi memastikan keperluan tenaga pengajar dapat dipenuhi secara mampan dan berterusan.

“Guru tempatan bukan sahaja lebih memahami konteks sosio-budaya dan geografi setempat, malah lebih berupaya menyesuaikan pendekatan pengajaran dengan keperluan komuniti, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian pendidikan.

“Kedua, calon yang mempunyai ikhtisas pendidikan perlu diberi keutamaan bagi menjamin tahap profesionalisme, kompetensi dan kualiti pengajaran yang tinggi.

“Seterusnya, bagi sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, calon guru yang berasal atau menetap di kawasan berhampiran wajar diutamakan bagi mengurangkan isu mobiliti, kekerapan pertukaran guru dan kekosongan jawatan,” katanya dalam kenyatan media, di sini pada Khamis.

Jelasnya, pendekatan itu penting untuk memastikan kesinambungan pembelajaran murid, kestabilan operasi sekolah serta keberkesanan perancangan pendidikan jangka panjang.

Tambahnya, Pemuda Gagasan Rakyat percaya bahawa pendekatan pengambilan guru yang lebih bersasar, inklusif dan sensitif kepada keperluan wilayah seperti Sabah akan memperkukuh sistem pendidikan negara secara keseluruhan.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat