IPD Kuching tidak berkompromi isu integriti, disiplin

KUCHING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menegaskan pendirian untuk tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa, penyelewengan, mahupun salah laku disiplin dalam kalangan warga kerjanya.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, integriti merupakan teras paling utama dalam tadbir urus Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan institusi tersebut tidak boleh membenarkan unsur negatif mencemarkan nama baik serta kepercayaan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan penguatkuasaan arahan Ketua Polis Negara berkaitan ‘Total Enforcement’ ke atas Peraturan 3C, serta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 akan dilaksanakan sepenuhnya tanpa pengecualian.

“Perhatian khusus perlu diberikan terhadap trend penglibatan pegawai polis dalam isu disiplin. Ini termasuk pelaksanaan ujian saringan air kencing secara berkala.

“Setiap aduan dan laporan yang diterima akan disiasat secara telus dan adil. Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat, kedudukan atau jaringan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan IPD Kuching bagi Februari 2026 yang berlangsung di Dewan Badminton, Tabuan Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Alexson turut mengingatkan semua pegawai, anggota dan pegawai awam mengenai etika penggunaan media sosial, selaras dengan Peraturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993.

Tegas beliau, walaupun penggunaan platform digital bersifat peribadi, ia secara langsung mencerminkan imej pasukan jika tidak dikawal selia dengan baik.

“Larangan ini termasuk pemakaian seragam polis untuk video hiburan atau kandungan aplikasi TikTok, memuat naik kandungan tidak profesional, komen yang menghina, atau mengeluarkan kenyataan awam yang mengkritik pasukan serta kerajaan,” jelasnya.

Selain aspek disiplin, beliau turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan serta kesejahteraan fizikal, mental dan emosi warga kerja bagi memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada masyarakat.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada warga kerja yang mempamerkan prestasi cemerlang sebagai motivasi untuk terus meningkatkan produktiviti pasukan.

Related Posts

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

MIRI – Lebih 100 peserta menyertai sesi libat urus (Town Hall) bagi membincangkan cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas rentas sempadan Miri-Kuala Baram-Kuala Belait (MKBs-SEZ) yang melibatkan sempadan wilayah Sarawak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

SIBU – Penghayatan mendalam terhadap sejarah pembentukan Malaysia amat penting bagi memastikan generasi masa kini terus memelihara asas keamanan, kestabilan dan perpaduan yang dikecapi negara sejak sekian lama. Residen Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah