Pasar Dinihari di pindah ke Bandar Ramai-Ramai, MPS fokus susun semula pusat bandar

SANDAKAN – Keputusan memindahkan Pasar Dinihari ke Bandar Ramai-Ramai merupakan sebahagian daripada usaha menyusun semula guna tanah di pusat bandar sekali gus mengurangkan konflik, dan memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson berkata, sebelum ini Pasar Dinihari dibenarkan beroperasi secara sementara sejak 2018 sebagai Pasar Borong Sayur-Sayuran, tetapi kini menjadi gabungan pasar borong dan runcit.

“Banyak isu timbul termasuk kebersihan, kekemasan dan kesesakan lalu lintas kerana pasar menggunakan kawasan parkir Pasar Umum.

“Waktu operasi yang sepatutnya dari pukul 9 malam hingga 6 pagi kini menjadi pasar biasa dan menimbulkan pelbagai masalah,” katanya ketika ditemui media selepas Taklimat Dan Sesi Libat Urus Perpindahan Penjaja Serta Pemborong Pasar Dinihari Ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, pada Rabu.

Menurut Walter, kesesakan turut menjejaskan laluan bas pelancong ke hotel baharu dan memberi kesan kepada peniaga Pasar Umum yang mendapati perniagaan mereka semakin perlahan.

“Kerana itu, kami membuat keputusan untuk menstrukturkan semula Pasar Dinihari ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai supaya keadaan lebih teratur, selesa untuk pengunjung dan dilengkapi kemudahan asas.

“Keputusan ini mendapat maklum balas daripada peniaga dan wakil rakyat, ada yang menyokong dan ada yang mahu kekal di lokasi lama.

“Namun, MPS tetap membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan garis panduan sedia ada, “ujarnya.

Jelas Walter, antara inisiatif baharu diperkenalkan termasuk yuran penjaja yang lebih murah, waktu operasi dari pukul 9 malam hingga 9 pagi untuk borong manakala penjaja runcit sayur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.

“MPS juga melanjutkan tarikh pemindahan dari 28 Februari 2026 kepada 1 Mei 2026, selepas Hari Raya, untuk memberi peluang kepada peniaga bersedia, khususnya bagi operasi pasar Hari Raya pada hujung April.

“Pengurusan Pasar Dinihari yang baru akan dikendalikan terus oleh unit penjaja MPS untuk memastikan peniaga berdaftar dan yuran diurus dengan lebih teratur.

“Pemindahan ini sebahagian daripada langkah penambahbaikan MPS untuk memastikan pasar dan tamu di Sandakan lebih teratur dan sempurna, sejajar dengan kedatangan pelancong luar dan imej bandar yang bersih serta mesra pengunjung,” jelasnya.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri