Kes spa songsang Chow Kit masih dalam penelitian Peguam Negara

TINDAKAN susulan terhadap individu yang ditahan dalam serbuan sebuah pusat spa di Chow Kit pada November lalu masih menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan siasatan awal dan mengemukakan kertas siasatan kepada pejabat berkenaan pada 17 Disember 2025 untuk pertimbangan lanjut.

“PDRM membuka kertas siasatan membabitkan lelaki warga tempatan daripada jumlah 171 orang yang ditahan dalam serbuan pusat spa di Chow Kit mengikut beberapa peruntukan undang-undang,” katanya menerusi jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata, siasatan itu melibatkan Seksyen 373 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan memperdagangkan orang bagi tujuan pelacuran, Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 berhubung pemilikan atau pengedaran bahan lucah tanpa kelulusan Lembaga Penapisan Filem serta Seksyen 377B/511 dan 377D Kanun Keseksaan mengenai cubaan melakukan persetubuhan luar tabii atau cubaan melakukan kesalahan.

Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 269 dan 270 Kanun Keseksaan yang menyentuh perbuatan cuai atau berniat jahat yang berpotensi menyebarkan penyakit berbahaya.

Penjelasan itu dikemukakan sebagai jawapan kepada soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta kerajaan menyatakan langkah seterusnya terhadap 171 lelaki warga tempatan yang ditahan dalam serbuan tersebut sebelum dibebaskan tanpa pendakwaan berikutan kekurangan bukti.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata semua individu terbabit dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman oleh pihak polis.

Beliau turut dilaporkan menjelaskan tanpa pengakuan daripada mangsa, siasatan mengikut Seksyen 377 berkaitan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 372 berkaitan eksploitasi pelacuran tidak dapat diteruskan.

Dalam operasi berkenaan, seramai 208 individu ditahan termasuk 17 penjawat awam, selain pihak berkuasa merampas kondom serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar