KKM ambil langkah proaktif cegah penularan virus Nipah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan proaktif dan prakecualian (pre-emptive) dalam menangani risiko penularan virus Nipah, termasuk melaksanakan saringan di lapangan terbang sebagai langkah pencegahan awal.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu diambil walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesyorkan saringan di lapangan terbang dilaksanakan ketika ini memandangkan risiko penularan virus tersebut dari India adalah rendah.

Menurutnya, pendekatan berkenaan bertujuan memastikan tahap kesiapsiagaan negara berada pada paras optimum serta mengelakkan kemungkinan kes terlepas masuk ke negara ini.

“Kita mengambil pendekatan proaktif dan prakecualian dari segi tahap kesiapsiagaan, di samping memastikan saringan awal dapat dilakukan terhadap sebarang kemungkinan.

“Langkah saringan ini khususnya melibatkan individu yang tiba dari India dan Bangladesh sebagai usaha pencegahan awal,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan saringan virus Nipah di lapangan terbang dipertingkatkan di beberapa negara Asia minggu ini susulan pengesanan dua kes di India, bertujuan memberi jaminan dan keyakinan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, beberapa pakar berpendapat pendekatan berasaskan sains bagi mengekang penularan virus berkenaan adalah lebih bermanfaat.

WHO pula memaklumkan bahawa pihaknya tidak mengesyorkan saringan di lapangan terbang pada masa ini kerana risiko penularan virus Nipah dari India adalah rendah.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar