Lindungi nyawa orang yang tidak berdosa – Guardiola

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menzahirkan rasa dukacita dan keprihatinan terhadap pembunuhan orang awam yang tidak berdosa di seluruh dunia, selain menggesa masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri dalam menghadapi ketidakadilan.

Beliau berkata demikian pada sidang media menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (Carabao Cup) menentang Newcastle United, lapor Anadolu.

Guardiola berkata, kemajuan teknologi dan maklumat masa kini menjadikan penderitaan manusia lebih jelas untuk disaksikan, sekali gus menuntut tanggungjawab bersama sebagai insan sejagat.

“Dalam sejarah manusia, tidak pernah maklumat dan realiti dunia begitu jelas di hadapan mata kita. Pembunuhan beramai-ramai di Palestin, apa yang berlaku di Ukraine, Rusia dan Sudan – semuanya adalah isu kemanusiaan yang perlu ditangani bersama,” katanya.

Jurulatih berusia 55 tahun itu menegaskan, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat dari sudut politik atau keberpihakan, sebaliknya keutamaan perlu diberikan kepada perlindungan nyawa manusia.

“Ia bukan hanya mengenai Palestin, tetapi melibatkan semua usaha yang boleh menjadikan kemanusiaan lebih baik. Apabila manusia melarikan diri daripada peperangan, meninggalkan negara mereka dan menyeberangi Laut Mediterranean, persoalan benar atau salah tidak lagi utama. Yang penting ialah menyelamatkan nyawa,” katanya.

Mengulas kejadian tembakan maut membabitkan Renee Good dan Alex Pretti oleh pihak berkuasa persekutuan di Minneapolis bulan lalu, Guardiola menyifatkan insiden itu sebagai contoh ketidakadilan yang tidak wajar dipertahankan.

“Jika sesuatu itu salah, gunakan saluran undang-undang. Bawa ke mahkamah, ambil tindakan mengikut peraturan. Itulah ciri masyarakat moden,” katanya.

Guardiola turut meluahkan kesedihan melihat penderitaan orang awam yang berterusan meskipun dunia kini menikmati kemajuan teknologi dan sosial yang pesat.

“Kita mampu ke bulan dan mencapai pelbagai kemajuan luar biasa, namun pada masa sama, kita masih saling membunuh.

“Melihat imej-imej itu amat menyakitkan. Apabila ribuan orang awam yang tidak bersalah terkorban, ia menyentuh perasaan saya. Saya akan sentiasa bangkit menentang perkara sebegitu. Bagaimana mungkin kita tidak berasa apa-apa apabila kehidupan bapa, ibu dan anak-anak musnah setiap hari?” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

KOTA MARUDU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah mengemukakan tujuh aspirasi utama kepada Kerajaan MADANI untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027, khusus bagi memperkukuh peluang dan masa depan anak muda di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

KOTA KINABALU – Kementerian Komunikasi akan melaksanakan jerayawara Yakini MADANI di seluruh negara bagi memastikan rakyat mendapat maklumat menyeluruh mengenai inisiatif dan bantuan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Yakini MADANI jelajah seluruh negara perjelas inisiatif Belanjawan 2027 di seluruh negara

Pertikaian cerai disyaki punca suami tikam jururawat

Pertikaian cerai disyaki punca suami tikam jururawat

Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

Agong titah sekolah terjejas jerebu wajar ditutup

Isu RON95: KPDN Pulau Pinang terima 33 aduan

Isu RON95: KPDN Pulau Pinang terima 33 aduan

Belanjawan 2027: Sabah perlu lebih ramai petugas, akses rawatan lebih baik

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Sabah perlu lebih ramai petugas, akses rawatan lebih baik