Gaza milik mutlak rakyat Palestin

WAKIL Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, menegaskan bahawa Gaza adalah sebahagian yang tidak terpisahkan daripada wilayah Palestin yang diduduki dan hak mutlak milik rakyat Palestin.

Beliau berkata, Gaza bukan wilayah yang boleh dipertikaikan atau dirampas sesuka hati, sebaliknya milik rakyat Palestin secara sah.

“Gaza bukan sekeping tanah yang tergantung di udara untuk sesiapa sahaja mengambilnya. Ia milik rakyatnya dan milik rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada sesi pembukaan Jawatankuasa PBB Mengenai Pelaksanaan Hak Tidak Boleh Dipisahkan Rakyat Palestin, semalam, lapor Anadolu.

Mansour menyambut baik pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta kerjasama semua pihak yang terlibat, termasuk Amerika Syarikat, namun menegaskan gencatan itu mesti berkekalan dan tidak bersifat rapuh.

Beliau menekankan bahawa Israel tidak seharusnya meneruskan serangan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza serta wilayah Palestin lain yang diduduki.

Dalam pada itu, Mansour menegaskan keperluan akses kemanusiaan tanpa halangan ke seluruh Gaza, termasuk membenarkan badan kemanusiaan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), meneruskan mandat serta tanggungjawab mereka.

Beliau turut menggesa pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza, selari dengan peralihan ke fasa kedua gencatan senjata yang dimeterai pada akhir Oktober lalu.

Mansour menegaskan bahawa Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan Gaza merupakan satu unit wilayah yang tidak boleh dipisahkan serta perlu disatukan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin.

Menurutnya, pengunduran sepenuhnya Israel dari Gaza tanpa sebarang kelewatan adalah syarat penting bagi memastikan sebarang usaha penstabilan antarabangsa dapat dilaksanakan dengan berkesan.

  • Related Posts

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

    Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

    Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

    KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

    KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

    Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

    Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

    Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

    Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh