Inkues: Zara murid cemerlang, ceria dan disayangi

KOTA KINABALU – Saksi mendedahkan bahawa arwah Zara merupakan seorang murid yang cemerlang dalam akademik, berperwatakan ceria serta amat disayangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sepanjang tempoh persekolahannya.

Saksi yang juga deponen ke-64 memaklumkan beliau telah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Agama Negeri (SAN) Naluyan sejak 2009 dan menjawat jawatan Guru Besar sejak 2014, selain masih aktif mengajar di sekolah tersebut.

Beliau mengenali arwah sejak kecil melalui hubungan kekeluargaan dan juga secara profesional sebagai murid sekolah agama dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

“Zara merupakan murid yang peramah, ceria, suka membantu rakan dan sering membawa murid lain yang menghadapi masalah kecil untuk mendapatkan bantuan guru.

“Hubungan arwah dengan guru disifatkan sangat baik, menghormati autoriti serta menunjukkan sifat manja yang positif di persekitaran sekolah,” katanya ketika memberi keterangan di dalam prosiding inkues Mahkamah, di sini pada Selasa.

Tambahnya, dari segi akademik, arwah Zara seorang yang konsisten berada dalam kalangan murid terbaik, selain memiliki bacaan al-Quran dan hafazan yang baik mengikut piawaian sekolah agama.

Beliau turut mengesahkan arwah aktif dalam aktiviti kokurikulum, khususnya bercerita kisah nabi, dan pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Saksi turut memaklumkan bahawa ibu arwah sangat terlibat dalam urusan sekolah dan hubungan mereka sebagai ibu dan anak adalah sangat rapat.

“Dari sudut emosi, saya tidak pernah melihat arwah murung dan arwah juga tidak pernah mengadu sebarang masalah peribadi atau keluarga kepadanya.

“Berhubung kejadian yang menimpa arwah, saya mengetahuinya melalui maklumat pihak ketiga dan bukan melalui pemerhatian secara langsung.

“Dalam pemeriksaan lanjut, saya mengetahui arwah mempunyai diari peribadi tetapi tidak pernah melihat kandungannya serta mengesahkan bahawa tiada saringan mental khusus dijalankan di SAN Naluyan,” jelasnya.

Mengakhiri keterangannya, saksi menyatakan bahawa sebagai pendidik, beliau dan warga sekolah menganggap setiap murid sebagai amanah dan pemergian arwah memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga sekolah.

“Arwah bukan sekadar seorang murid yang cemerlang, tetapi juga seorang anak yang disayangi dan dihormati oleh guru-guru yang pernah mendidiknya,” katanya.

Related Posts

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

TAWAU – Perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan perubahan yang begitu ketara termasuk pemerkasaan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera