SPRM hanya rampas dan lucut hak hasil rasuah, bukan tentukan perbelanjaan – Azam

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa agensi itu tidak mempunyai kuasa atau tanggungjawab dalam menentukan penggunaan wang hasil rampasan rasuah, sebaliknya peranannya berakhir selepas wang berkenaan dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MoF).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, fungsi utama SPRM adalah memastikan hasil rasuah dapat dirampas dan dikembalikan kepada kerajaan mengikut proses undang-undang yang ditetapkan.

“Ringkasnya, tugas kami adalah merampas dan melucut hak wang itu kepada kerajaan di bawah MoF.

“Bukan tanggungjawab kami untuk memastikan ke mana wang itu dibelanjakan. Itu adalah tugas MoF,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap pandangan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, yang menyatakan bahawa pemulihan RM8.5 bilion hasil haram hanya akan memberi impak sekiranya wang tersebut diurus secara telus, memberi manfaat secara langsung kepada rakyat serta disertai tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Jais turut dilaporkan berkata dana berkenaan, yang disifatkannya sebagai ‘wang awam yang pernah dicuri’, tidak wajar sekadar dimasukkan ke dalam perbelanjaan operasi biasa kerajaan tanpa pulangan jelas kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Azam berkata, kerajaan dan MoF mempunyai mekanisme serta tatacara tersendiri dalam menguruskan dana hasil rampasan berkenaan.

“Bagi saya, MoF atau kerajaan tahu bagaimana untuk menguruskannya,” katanya.

Menurut beliau, keutamaan SPRM adalah memastikan wang yang diambil secara tidak sah dapat dikembalikan kepada rakyat melalui proses perundangan yang sah dan telus.

“Yang penting bagi kami adalah mengembalikan wang yang dicuri daripada rakyat kembali kepada rakyat,” katanya.

Azam menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan penggunaan dana selepas ia diserahkan kepada kerajaan adalah di luar bidang kuasa SPRM.

“Bagaimana wang itu dibelanjakan oleh kerajaan adalah keputusan kerajaan,” katanya.

Related Posts

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

KOTA ISKANDAR – Proses menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 kini memasuki fasa seterusnya apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan surat pemasyhuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM