Tiada keperluan TKM 1 letak jawatan – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menegaskan tiada keperluan untuk Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid melepaskan jawatannya itu susulan kontroversi dirinya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat.

Kon Yeow berkata, keputusan untuk meletakkan jawatan adalah terpulang sepenuhnya kepada individu berkenaan dan ia tidak seharusnya dipengaruhi oleh tekanan luar terutama ketika siasatan sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri.

”Tidak ada keperluan untuk sesiapa berundur pada peringkat ini. Biarlah SPRM menjalankan siasatan. Semua keputusan berhubung peletakan jawatan terpulang kepada pihak berkenaan,” katanya selepas merasmikan majlis Shared Lab Opening With PSD@5KM+ di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan mendakwa, isu berkaitan dana zakat melibatkan penyalahgunaan kuasa serta amalan pelantikan yang tidak adil dalam institusi di bawah seliaan Mohamad.

Sehubungan itu, Pas menggesa Mohamad supaya meletakkan jawatan daripada semua kedudukan yang berkaitan dengan pentadbiran dan kepimpinan institusi agama Islam.

Mengulas lanjut mengenai gesaan peletakan jawatan, Kon Yeow menyifatkan perkara itu sebagai tidak praktikal dan berlebihan.

”Kalau ikutkan, di Malaysia ini setiap hari ada orang meletakkan jawatan. Nanti yang sibuk adalah rakan-rakan media kerana setiap hari akan ada berita peletakan jawatan,” katanya.

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026