Tingkat perpaduan, idea jana ekonomi melalui aktiviti riadah – Shahelmey

PUTATAN – Aktiviti riadah setempat bukan sahaja mampu meningkatkan perpaduan masyarakat, bahkan ianya dapat menjana idea untuk mempelbagaikan kekuatan ekonomi di lokaliti masing-masing.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya berkata, kekuatan itu dapat diterjemahkan menerusi pelbagai medium dalam usaha merealisasikan masyarakat yang berdaya saing di masa hadapan.

“Banyak aktiviti riadah memberikan impak kepada komuniti setempat dengan ada di antaranya mampu menjana atau menambah pendapatan.

“Sehubungan itu, menerusi ikatan perpaduan yang didirikan di antara masyarakat, kepelbagaian idea akan lahir untuk memacu ekonomi baharu berasaskan aktiviti riadah tersebut,” katanya selepas merasmikan program ramah mesra bersama peserta Jom Memancing di Jeti Konkrit Kampung Tanjung Aru, dekat sini, pada Sabtu.

Program yang disertai kira-kira 50 peserta tersebut merupakan anjuran Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru dengan kerjasama Belia Masjid Al Khauthar, Tanjung Aru.

Mengulas mengenai aktiviti tersebut, Shahelmey berkata, ia merupakan wadah berbeza yang dapat menarik kehadiran ramai kaki pancing bahkan para pelancong.

“Aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti belia di sini adalah usaha memberangsangkan yang mana kita lihat ia sejajar dengan trend terkini melibatkan minat dan riadah.

“Lokasi yang menarik seperti Jeti Konkrit Kampung Tanjung Aru ini juga dapat menarik bukan sahaja peminat pancing malah ia mampu menarik kehadiran pelancong datang ke sini nanti,” kongsinya.

Hadir sama dalam program itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat; Shah Alfie Yahya, Pegawai Khas (Pentadbiran & Operasi) Parlimen P.173 Putatan; Mahadzir Abd Majid dan Pengerusi Kelab Komuniti Belia Tg Aru; Mohd Shukry Abdul Kadir.

Related Posts

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

SIBU – Pelajar di kawasan luar bandar, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diseru agar memaksimumkan peluang pendidikan tinggi yang semakin berkembang di Sarawak tanpa menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

SIBU – Isu kekurangan dan jurang kepakaran tenaga pengajar antara sekolah di Sarawak berpotensi ditangani menerusi penggunaan teknologi digital yang membolehkan guru berkemahiran khusus berkongsi kepakaran dengan pelajar di sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans