Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Dalam kenyataan selepas mesyuaratnya hari ini, majlis itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain nasihat yang dikemukakan Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan kepada Lembaga Pengampunan.

“Majlis Presiden PH berdiri teguh di belakang pendirian Perdana Menteri serta nasihat yang dikemukakan oleh Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan kepada Lembaga Pengampunan hari ini,” menurut kenyataan itu.

Majlis Presiden PH berkata, prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang kekal menjadi asas utama dan mesti ditegakkan dalam semua perkara membabitkan sabitan jenayah serta hukuman.

Pada masa sama, majlis itu mengulangi komitmen untuk terus memerangi rasuah, memajukan agenda reformasi serta membersihkan negara daripada unsur rasuah dan penyelewengan.

“Majlis bertekad untuk meneruskan usaha membanteras rasuah, menegakkan agenda reformasi dan membersihkan negara daripada unsur rasuah serta penyelewengan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH yang bermula jam 5.30 petang dan berlangsung hampir dua jam di Kompleks Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat itu berlangsung ketika perhatian politik tertumpu kepada keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah secara bersyarat, tertakluk kepada penyelesaian denda RM50 juta.

Najib diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Pertemuan PH itu turut menyusul selepas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 minggu lalu yang mencabar pihak yang mahu BN menamatkan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, mana-mana pihak yang mahu menamatkan kerjasama itu sepatutnya mendesak pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan di Dewan Rakyat.

Kenyataan berkenaan mencetuskan perbincangan mengenai kedudukan BN dalam Kerajaan Perpaduan serta masa depan kerjasama politik berkenaan.

Isnin lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menggesa Anwar menyegerakan mesyuarat Majlis Presiden PH bagi membincangkan perkembangan politik semasa.

Anthony berkata, mesyuarat itu perlu diadakan sejurus Anwar pulang daripada lawatan rasmi ke luar negara, susulan beberapa kenyataan politik kebelakangan ini yang didakwa boleh menjejaskan kepastian dan kestabilan politik negara.

Related Posts

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

PETALING JAYA – Pendirian DAP berhubung keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah