Projek Tebingan Sungai Limbang disasar siap April 2026

LIMBANG – Kontraktor serta konsultan yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Tebingan Sungai Limbang diminta memastikan projek sepanjang 1.8 kilometer itu dapat disiapkan selewat-lewatnya pada April 2026.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kelewatan projek berkenaan berpunca daripada kejadian tanah susur, terutamanya membabitkan pembinaan fasa satu yang kini hampir siap.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM9 juta bagi tujuan kerja pembinaan dan pembaikan fasa satu projek tersebut yang terjejas akibat insiden berkenaan.

“Kita berharap pihak konsultan dan kontraktor dapat mempercepatkan kerja-kerja pembinaan, khususnya bagi fasa satu yang menghadapi masalah tanah susur, supaya ia dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

“Perkara ini penting memandangkan beberapa acara berskala besar telah dirancang tahun ini, termasuk Pesta Limbang yang dijangka berlangsung pada Julai dan akan dirasmikan oleh Premier Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Tebingan Sungai Limbang yang terjejas akibat tanah susur, di sini, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan, keadaan struktur tanah di kawasan tebing sungai yang tidak stabil menjadi cabaran utama dalam pelaksanaan fasa satu projek tersebut.

Menurutnya, penyiapan projek itu kelak akan membolehkan pelbagai program komuniti dan pelancongan dianjurkan, termasuk Pesta Limbang yang dinanti-nantikan penduduk di utara Sarawak selepas kali terakhir diadakan pada 2019 sebelum pandemik COVID-19.

Tambah beliau, Projek Tebingan Sungai Limbang bukan sahaja memberi wajah baharu kepada pembangunan bandar Limbang, malah menyediakan kemudahan perniagaan yang memberi manfaat kepada peniaga tempatan.

“Sebahagian daripada projek ini telah siap dan mula digunakan oleh orang ramai, manakala baki pembinaan masih diteruskan susulan kerosakan akibat tanah susur pada fasa satu,” katanya.

Projek yang menelan kos keseluruhan RM120 juta itu dilaksanakan secara berperingkat menerusi tiga fasa di bawah peruntukan kerajaan negeri dan dijangka siap sepenuhnya menjelang April 2026.

Ujar beliau, projek tersebut berfungsi sebagai kemudahan sosial untuk aktiviti riadah dan rekreasi orang awam, selain berpotensi menjadi produk pelancongan baharu yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan di utara Sarawak.

Related Posts

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

IPOH – Kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, yang ditemukan mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas 10 kru warga asing di atas vesel itu gagal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

Lelaki ditemukan maut di rumah jagaan, lima individu ditahan

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

10 kru warga asing gagal kemuka dokumen, vesel nelayan ditahan Maritim Malaysia

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

Jauteh seru warga PDRM sambut perubahan, manfaat teknologi demi tingkat kecekapan

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet