Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

SIBU – Pelajar di kawasan luar bandar, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diseru agar memaksimumkan peluang pendidikan tinggi yang semakin berkembang di Sarawak tanpa menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan untuk tidak menyambung pengajian.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pelbagai inisiatif dan bentuk bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada ketika ini bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak bangsa sentiasa terbela.

Jelas beliau, peperiksaan SPM bukan sekadar ujian pemahaman akademik di atas kertas, sebaliknya ia merupakan titik penentu terpenting yang bakal membuka ruang kerjaya serta menentukan hala tuju masa depan para pelajar.

“Peluang pendidikan tinggi di Sarawak yang semakin berkembang pesat perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh anak negeri, termasuk mereka yang datang dari kawasan luar bandar.

“Oleh itu, jangan mudah berputus asa apabila berdepan kesukaran dalam pembelajaran. Jangan katakan ‘saya tidak boleh’. Sebaliknya, katakan kepada diri sendiri: ‘Saya boleh. Saya akan berusaha. Saya akan buat yang terbaik’,” pesannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kecemerlangan SPM 2026 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian di Hotel Kingwood pada Jumaat.

Menyentuh mengenai penganjuran bengkel tersebut, Dr Annuar menyifatkan ia sebagai satu inisiatif holistik yang amat bertepatan dalam mempersiapkan mental dan fizikal calon menjelang debaran peperiksaan sebenar.

“Saya melihat bengkel ini bukan sekadar program akademik semata-mata, tetapi ia merupakan satu platform penting untuk membina keyakinan diri, meningkatkan tahap motivasi dan menyuntik semangat juang yang tinggi dalam diri para calon SPM,” tambahnya lagi.

Turut hadir Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau, Ringgit @ Gawan Saut; Timbalan Residen Bahagian Sibu, Christopher Ranggau Unting; Pegawai Daerah Selangau, Yalin Asan; Pengetua SMK Ulu Balingian, Echi Tom; dan Yang Dipertua PIBG SMK Ulu Balingian, Alok Meliau serta barisan pendidik.

Related Posts

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

SIBU – Isu kekurangan dan jurang kepakaran tenaga pengajar antara sekolah di Sarawak berpotensi ditangani menerusi penggunaan teknologi digital yang membolehkan guru berkemahiran khusus berkongsi kepakaran dengan pelajar di sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

KOTA KINABALU – Kestabilan politik penting bagi memastikan usaha menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih berbaki serta penambahbaikan peruntukan kewangan untuk pembangunan Sabah dan Sarawak dapat terus diberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans