Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, lelaki berusia 42 tahun itu membuat laporan polis di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu dengan mendakwa kenderaan berkenaan hilang.

Menurutnya, siasatan mendapati Vellfire berwarna hitam itu dipercayai dibawa ke sebuah bengkel di Kaki Bukit untuk dileraikan, manakala komponen yang masih mempunyai nilai pasaran dikumpulkan untuk dijual.

“Polis memandang serius sebarang cubaan untuk menyalahgunakan laporan polis bagi tujuan mendapatkan keuntungan atau kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shokri berkata, suspek sebelum itu menggunakan kenderaan milik isterinya untuk menghadiri kursus di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu.

Katanya, hasil risikan membawa kepada penahanan penjawat awam terbabit bersama saudara kandungnya yang berusia 45 tahun serta dua lelaki lain berusia 32 tahun.

Keempat-empat lelaki itu ditahan di tiga lokasi berasingan di daerah Padang Besar dan Arau kira-kira pukul 5.15 petang semalam.

Menurutnya, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Selangor bagi prosiding reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan berkaitan kecurian kenderaan bermotor atau bahagiannya.

Related Posts

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan diharap dapat meneruskan inisiatif premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong aktiviti ekonomi masyarakat desa. Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah