Pertambahan peruntukan badan keagamaan bukan Islam komitmen Kerajaan Sabah kepada kepelbagaian – Ewon

KOTA KINABALU – Pertambahan peruntukan untuk badan keagamaan bukan Islam membuktikan komitmen kerajaan negeri kepada kepelbagaian agama di di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, peningkatan peruntukan itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor dalam membangunkan keperluan semua komuniti agama di Sabah secara inklusif dan saksama.

“Peruntukan kepada badan keagamaan selain Islam yang ditambah kepada RM90 juta ini adalah manifestasi komitmen besar Kerajaan Sabah untuk memastikan keperluan pembangunan dan kebajikan semua penganut agama diberi perhatian.

“Penghormatan terhadap perayaan keagamaan dan kebudayaan yang diraikan oleh pelbagai bangsa dan agama di Malaysia merupakan asas penting dalam mempertahankan Persekutuan Malaysia, khususnya di Sabah yang sekian lama menjadi contoh toleransi dan perpaduan rakyat.

“Saya yakin dengan saling menghormati kepelbagaian ini, kita mampu memperkukuh perpaduan nasional dan terus memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Saya kira inilah terjemahan kepada kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia khususnya di Sabah,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Lokawi, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, sebagai seorang Kristian, beliau lazimnya menunaikan ibadah mingguan di gereja-gereja dalam kawasan yang diwakilinya sama ada di Penampang atau Kadamaian dan mengambil kesempatan mendengar keperluan komuniti setempat.

“Tadi pagi saya berada di Kampung Sugud, bukan sahaja untuk menunaikan ibadah mingguan, tetapi juga mendengar keperluan pihak gereja.

“Mereka (pihak gereja) telah memaklumkan kepada saya dan Datuk Donald Peter Mojuntin (ADUN Moyog) keperluan membesarkan ruang kawasan gereja,” katanya.

Ewon berkata, sebagai Ahli Parlimen Penampang, beliau telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM150,000 kepada gereja tersebut untuk membina konkrit kawasan parking

“Hari ini saya turun sendiri melihat pelaksanaan projek itu dan maklum balas daripada jemaah yang hadir sangat positif,” katanya.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor