Tidak benar Pas terlibat singkirkan Muhyiddin – Abdul Hadi

BANGI –  Pas menyelar dakwaan mengenai wujud sebarang usaha daripada parti itu untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin daripada Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam pemukiman tertutup parti itu yang bermula pada Jumaat lalu.

Katanya, perbincangan dalam Permukiman Pas secara tertutup sejak kelmarin bertujuan meneruskan gabungan PN demi perpaduan.

“Tak betul, tak betul. (Kita bincang) nak meneruskan Perikatan Nasional, perpaduan,” katanya ketika ditemui media selepas program permukiman, pada Ahad.

Abdul Hadi turut menegaskan, tiada isu lain dibincangkan dalam pemukiman secara tertutup itu.

Pada Sabtu, bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendedahkan serangan secara konsisten dari dalam dan luar parti serta parti komponen PN terhadap Presiden Bersatu itu bertujuan memaksa beliau berundur.

Katanya, ramai sedang menunggu untuk bertepuk tangan menyaksikan projek ‘Muhyiddin exit’ (Muhyiddin keluar) berjaya termasuk dari kem Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Terdahulu, The Malaysia Press (TMP) melaporkan Gerakan ‘Muhyiddin Exit’ yang didakwa diketuai oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin jelas bukan sekadar perbezaan pendapat, namun usaha terancang untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kedudukan berpengaruh dalam parti dan Perikatan Nasional (PN).

Pemerhati politik dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, tuduhan pembohongan terhadap Muhyiddin, aduan disiplin, dan liputan media bersistematik menandakan wujud strategi tersusun yang sengaja menguji kesabaran dan ketahanan parti sehingga menjejaskan kestabilan PN.

Katanya, konflik dilihat semakin memuncak apabila Gerakan dan MIPP menolak cadangan Pas untuk dilantik menjadi Pengerusi PN yang menunjukkan bahawa dominasi Pas tidak diterima oleh semua parti komponen gabungan tersebut.

Related Posts

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

BENTONG – UMNO Pahang tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 selain terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain sekiranya ia memberi manfaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

KUANTAN – PKR digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada Cabang Indera Mahkota telah didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA