Program asas renang bentuk kesedaran keselamatan kanak-kanak

LIMBANG – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3 Peringkat Bahagian Limbang dilihat mampu membentuk kesedaran awal terhadap aspek keselamatan di dalam air serta menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan renang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penganjuran program seumpama itu amat penting khususnya di negara yang dikelilingi sungai dan perairan, menjadikan kemahiran berenang sebagai satu keperluan asas kepada masyarakat.

“Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik asas renang yang betul.

“juga malah menekankan aspek keselamatan, disiplin serta pembinaan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Program KLAS Renang Fasa 3 Peringkat Bahagian Limbang di Kolam Renang Awam Limbang, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Hasbi turut menasihatkan para peserta dan masyarakat setempat supaya tidak berenang di sungai kerana faktor keselamatan yang tinggi, termasuk risiko serangan buaya yang semakin membimbangkan di beberapa kawasan perairan di Sarawak.

“Walaupun mempunyai kemahiran berenang, sungai bukan tempat yang selamat untuk aktiviti mandi-manda kerana terdapat pelbagai risiko tersembunyi seperti arus deras, keadaan air yang tidak menentu serta ancaman hidupan liar,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan anak-anak serta memastikan mereka hanya menjalankan aktiviti air di kawasan yang selamat dan terkawal seperti kolam renang awam.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang itu melibatkan penyertaan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun dan dikendalikan oleh empat jurulatih bertauliah sepanjang 12 siri latihan yang bermula 17 Januari lalu.

Dalam pada itu, Hasbi turut memuji kerjasama strategik yang dijalinkan bersama Balai Bomba dan Penyelamat Limbang serta Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Limbang, khususnya dalam aspek keselamatan dan pengurusan risiko semasa aktiviti air.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap keselamatan.

  • Related Posts

    PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

    MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

    KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

    RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

    Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

    Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

    Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

    Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

    PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

    PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

    Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

    Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

    UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

    UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi