PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan pentadbiran Kerajaan MADANI kekal kukuh dan mampu menamatkan penggal penuh, sekali gus menolak cadangan supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, saranan yang dikemukakan Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil itu disifatkan sebagai tidak matang kerana sesebuah kerajaan dibentuk berdasarkan mandat rakyat dan sewajarnya diberi ruang untuk menyempurnakan tempoh pentadbirannya.

Menurut beliau, prestasi cemerlang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara membuktikan pentadbiran sedia ada berada pada landasan yang kukuh.

“Jika perkara itu berlaku, ia lebih bersifat strategi dalaman parti bagi memperkukuh organisasi dan keputusan tersebut perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk rakan komponen Kerajaan MADANI serta parti-parti lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, PKR percaya DAP akan terus memainkan peranan sebagai rakan dalam kerajaan menerusi pandangan, semak dan imbang serta perkongsian pengalaman, di samping terus memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan Parlimen yang diwakili.

Saifuddin turut menegaskan bahawa majoriti lebih dua pertiga Ahli Parlimen yang dimiliki Kerajaan MADANI membolehkan pentadbiran berjalan lancar tanpa sebarang masalah untuk melengkapkan barisan Kabinet sekiranya diperlukan.

Menurutnya, kehadiran wakil DAP dalam pentadbiran kerajaan juga tidak membawa sebarang kesan negatif, sebaliknya mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri dan timbalan menteri dengan baik walaupun berdepan pelbagai fitnah politik.

Beliau berkata, prestasi pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Anwar diyakini mampu menjawab pelbagai persepsi dan pertikaian yang dimainkan pihak tertentu, khususnya selepas dua siri Pilihan Raya Negeri yang lalu.

“Rakyat akan semakin menyedari bahawa kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi merupakan asas penting dalam menangani pelbagai cabaran sosial yang dihadapi negara,” katanya.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok