35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka bahas Laporan RCI Tabung Haji pada sidang khas 11 Ogos

PUTRAJAYA – Seramai 35 hingga 40 Ahli Parlimen dijangka mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) pada Sidang Khas Parlimen yang akan berlangsung pada 11 Ogos ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah bersetuju supaya sidang khas itu berlangsung secara berterusan tanpa waktu rehat bagi memastikan semua Ahli Parlimen yang ingin berbahas diberi peluang.

“Setakat ini dianggarkan antara 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan minat dan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berhubung laporan RCI Tabung Haji,” katanya pada sidang media mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh mengikuti perjalanan sidang khas itu menerusi siaran langsung di semua platform media rasmi sepanjang persidangan berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas pencapaian cemerlang pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menurut beliau, kejayaan itu bukan sahaja membanggakan negara, malah diharap menjadi pembakar semangat kepada atlet negara untuk terus mencipta kecemerlangan di pentas antarabangsa.

Mengulas mengenai politik, Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata Kongres Tahunan PKR minggu depan dijangka menjadi medan penting bagi menilai prestasi parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, kongres berkenaan diadakan bagi memenuhi keperluan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengikut perlembagaan parti, selain memberi ruang kepada perwakilan membincangkan keputusan PRN di kedua-dua negeri.

“Sudah tentu antara perkara yang akan dibangkitkan ialah pandangan daripada perwakilan Johor dan Negeri Sembilan berhubung keputusan pilihan raya tersebut.

“Ia bukan sekadar sesi muhasabah, malah peluang untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku bagi memperkukuh gerak kerja parti pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata kongres itu juga dijangka menjadi platform kepada perwakilan mengemukakan pandangan serta cadangan, termasuk berkaitan dasar kerajaan yang boleh diperkasakan demi mengukuhkan hala tuju PKR dan Kerajaan MADANI.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok