Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

BELUM reda kemelut pemilihan Menteri Besar, politik Negeri Sembilan kini sedang bergolak susulan syor kerajaan negeri mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi membantu pentadbiran.

Penganalisa politik, Omar Mat Noor menyifatkan perkembangan itu sebagai bukti bahawa slogan ‘penyatuan Melayu-Islam’ yang dilaungkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tidak lebih daripada perebutan jawatan dan kuasa.

“Politik Negeri Sembilan terus bergolak. Selepas kecoh mengenai jawatan Menteri Besar, kini berebut pula jawatan Exco.

“Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

“Ketika berceramah, masing-masing bercakap mengenai penyatuan Melayu-Islam, tetapi sebenarnya demi jawatan dan kuasa,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bahawa kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi membantu mengukuhkan pentadbiran negeri.

Menurut Ismail, barisan Exco akan melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti komponen kerajaan, termasuk Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Bagaimanapun, Omar berpendapat cadangan jawatan baharu itu menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar diperlukan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran atau sekadar jalan keluar bagi memenuhi tuntutan parti-parti yang mahu mendapatkan kedudukan.

Katanya, sebelum ini BN sering dituduh mengejar jawatan dan kuasa tetapi perkembangan terbaharu menunjukkan Pas juga mempunyai keinginan sama untuk memperoleh tempat dalam pentadbiran negeri.

“Ingatkan BN sahaja mengejar jawatan dan kuasa, tetapi Pas juga bernafsu menagih jawatan dan kuasa,” sindirnya.

Omar turut menyelar naratif semasa kempen yang menjadikan DAP sebagai sasaran, kononnya parti itu mempengaruhi setiap keputusan kerajaan terdahulu.

Namun, katanya, pergolakan yang berlaku sekarang membabitkan parti-parti Melayu sendiri tanpa sebarang kaitan dengan DAP.

“Sebelum ini salahkan DAP, kononnya semua perkara dipengaruhi DAP. Tetapi sekarang faktanya politik bergolak sesama Melayu.

“Sepatutnya rakyat didahulukan, bukannya kehendak peribadi atau parti politik,” tegasnya.

Beliau turut menyifatkan kedudukan BN yang hanya memperoleh 18 kerusi dan gagal menguasai majoriti mudah menyebabkan pembentukan kerajaan negeri menjadi semakin rumit apabila kepentingan setiap parti perlu diseimbangkan.

Menurutnya, keadaan itu amat malang bagi rakyat Negeri Sembilan yang kini terpaksa menyaksikan krisis politik berlarutan ketika tumpuan sepatutnya diberikan kepada ekonomi, kos sara hidup dan kebajikan rakyat.

“Bila terlajak tangan memangkah, terpaksalah hadap untuk lima tahun lagi,” katanya.

Malah, beliau menyifatkan kemelut itu sebagai ‘kifarah’ akibat pelbagai dakwaan dan fitnah yang menurutnya disebarkan sepanjang kempen PRN sehingga sebahagian pengundi gagal membezakan antara fakta dengan propaganda.

“Saya berpandangan inilah kifarah yang terpaksa ditanggung apabila pelbagai fitnah bertaburan semasa kempen.

“Ramai yang percaya fitnah sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil,” kata Omar lagi.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok