Masjid perlu jadi pusat pembangunan insan – Mustapha

SEPANGGAR – Masjid bukan sekadar tempat ibadah, sebaliknya perlu berperanan sebagai institusi masyarakat dan pusat pembangunan insan selaras dengan tradisi ketamadunan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, program berkenaan yang kini memasuki siri ke-11 menerima sambutan amat menggalakkan, sekali gus membuktikan masjid kekal relevan sebagai nadi penyatuan masyarakat setempat.

“Inilah hasrat kita di Parlimen Sepanggar ini untuk kita memastikan bahawa masjid kita hidup diimarahkan dan kita akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam di sekitar masjid.

“Kita mahu supaya seperti juga dalam tradisi, ketamadunan Islam, kita mahu supaya masjid ini menjadi institusi masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Masjid di Hatiku: ‘Ke Arah Pembinaan Masyarakat MADANI Masjid Cinta Hatiku’ di Masjid Al-Kauthar, Kampung Karambunai, di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, beliau turut memberi sumbangan Ramadan kepada 29 masjid dan surau di DUN Karambunai dengan peningkatan kadar sumbangan, iaitu RM1,000 bagi masjid dan RM500 bagi surau, berbanding RM500 dan RM300 sebelum ini.

Mustapha berkata, peningkatan sumbangan itu mencerminkan komitmen berterusan Parlimen Sepanggar dalam menyokong aktiviti keagamaan dan kebajikan komuniti.

“Sekiranya terdapat mana-mana masjid atau surau yang masih belum menerima sumbangan, pihak pengurusan boleh menghubungi Pejabat Parlimen Sepanggar untuk tindakan lanjut.

“Usaha ini diharapkan dapat terus membantu memperkasa peranan institusi masjid dan surau serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Jadi, ini yang kita mahu di Sepanggar ini dan kita akan gerakkan usaha kita. Terutama Masjid di Hatiku ini.

“Kita akan pergi ke semua masjid dan juga kalau ada surau yang ingin menerima program ini untuk kita bersama-sama membangunkan insan dan warganegara baik di Sepanggar ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada SALWA, Persatuan Sukarelawan dan Kebajikan Wanita Sabah (UKKWA), Pusat Zakat Sabah serta Masjid Al-Kauthar Karambunai.

Related Posts

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KOTA KINABALU – Dewan Masyarakat Manggatal menjadi saksi ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sabah 2026 yang membawa simbol perpaduan, jati diri dan kesedaran sivik yang bergerak merentasi seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

KOTA KINABALU – Proses pelaksanaan bayaran interim berjumlah RM1.5 bilion kepada Sabah akan diteruskan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijadualkan bersidang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Masalah air, elektrik bukan alasan tidak kibar Jalur Gemilang – Masidi

Masalah air, elektrik bukan alasan tidak kibar Jalur Gemilang – Masidi

JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kematian guru di Hulu Selangor

JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kematian guru di Hulu Selangor

PH tidak terpengaruh ramalan, yakin mampu tambah kerusi di Negeri Sembilan

PH tidak terpengaruh ramalan, yakin mampu tambah kerusi di Negeri Sembilan