Papan tanda larangan merokok tidak jelas, cetus rungutan pengguna

SANDAKAN: Ketiadaan papan tanda larangan merokok yang jelas serta kegagalan menyediakan kawasan khas merokok di Lapangan Terbang Sandakan mencetuskan rungutan dalam kalangan pelancong dan orang awam.

Bekas Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, beliau menerima banyak aduan berhubung tindakan penguatkuasaan yang dikenakan ke atas individu yang merokok di kawasan luar bangunan lapangan terbang, khususnya di laluan ketibaan.

“Masalah utama berpunca daripada kekurangan papan tanda larangan merokok yang jelas dan mudah dilihat, selain ketiadaan penandaan yang terperinci mengenai kawasan yang dibenarkan untuk merokok.

“Situasi itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati, malah dibimbangi boleh memberi kesan negatif terhadap imej Sandakan dan Sabah sebagai destinasi pelancongan.

“Di beberapa lokasi, terutama di laluan utama ketibaan dan ruang luar, tiada penunjuk yang mencukupi.

“Pelancong yang baru tiba sukar memahami peraturan sedia ada dan akhirnya melanggar larangan tanpa niat,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Tambahnya, tindakan terus mengenakan kompaun dalam keadaan sedemikian boleh dianggap tidak adil kerana kesalahan itu berlaku akibat kekeliruan, bukannya keingkaran disengajakan.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan pertemuan bersama pegawai Lapangan Terbang Sandakan, Mohamad Nazri, serta Kaunselor Kesihatan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Nicholas Choong, bagi membincangkan keperluan untuk meletakkan papan tanda larangan merokok yang jelas serta menyediakan kawasan khas merokok.

Beliau mencadangkan agar pihak berkuasa segera memasang lebih banyak papan tanda larangan merokok di lokasi strategik, selain memperincikan dengan jelas kawasan larangan dan kawasan yang dibenarkan merokok supaya mudah difahami pelawat.

“Sekiranya papan tanda telah dipamerkan dengan jelas dan masih berlaku pelanggaran, tindakan penguatkuasaan adalah wajar.

“Namun dalam keadaan pengunjung tidak dimaklumkan dengan baik, pendekatan memberi amaran lisan sepatutnya diutamakan,” katanya.

George turut menegaskan bahawa menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, semua pihak berkaitan perlu lebih peka terhadap pengalaman awal pelancong sebaik tiba di negeri ini.

Katanya, lapangan terbang merupakan pintu masuk utama pelancong dan sebarang pengalaman negatif di peringkat awal boleh memberi kesan besar terhadap persepsi keseluruhan mereka terhadap Sandakan dan Sabah.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana