Kerajaan Sabah pantau kesan kenaikan tarif elektrik – Hajiji

TAWAU – Kerajaan Sabah terus melakukan pemantauan kesan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna susulan pelaksanaan semakan semula kadar elektrik di Sabah dan Labuan yang berkuat kuasa hari ini (1 Feb).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, kenaikan minima 5 sen atau 15 peratus itu dipercayai tidak membebankan 70 hingga 80 peratus rakyat Sabah

“Kita akan sentiasa melihat kesannya, tapi saya ingat kesannya cuma sedikit, kalau sekarang seorang itu membayar RM100, dia cuma tambah mungkin RM15 saja.

“Tarif di Sabah rendah berbanding Semenanjung. Tidaklah membebankan sangat kalau RM15 kita dapat elektrik yang bagus, jadi ini rasionalnya, ” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan Sekolah Agama Negeri (SAN) Apas Balung yang baharu di Taman Sawit, Balung pada Ahad.

Jelas Hajiji, ketika ini Kerajaan Persekutuan memberi subsidi untuk bekalan elektrik di Sabah kira-kira RM700 juta setahun atau RM3.5 bilion dalam tempoh lima tahun.

Katanya, kabinet Negeri bersetuju atas cadangan dikemukakan Energy Commission of Sabah (ECoS) dan Sabah Electricity selepas mengambil kira peningkatan kos operasi janaan tenaga di negeri ini.

“Perkara ini tidak dapat dielak kerana kita menanggung kos yang tinggi, bermacam-macam sekarang ini. Jadi ianya perlu untuk kita mengatasi semua ini.

“Kadar baharu itu telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dengan mengambil kira keperluan yang ada di Sabah sekarang.

“Jadi kita tidak boleh berterusan begini. Kalau naik sedikit begitu hanya lima sen, itu boleh mengurangkan subsidi yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan