Ringgit terus mengukuh ekoran ketidaktentuan ekonomi AS

RINGGIT meneruskan momentum pengukuhan apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, susulan ketidaktentuan yang berlarutan di negara itu sehingga menekan prestasi mata wang AS.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9190/9410 berbanding dolar AS, mengukuh daripada paras penutupan 3.9275/9315 pada Khamis.

Paras pembukaan tersebut meletakkan ringgit hampir kepada kedudukan paling kukuh berbanding dolar AS sejak April 2018 apabila mata wang tempatan itu mencecah paras 3.9030.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengukuhan ringgit turut disokong kejatuhan Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.28 peratus kepada 96.175 mata.

Menurutnya, keadaan itu berpunca daripada tekanan berterusan Presiden AS, Donald Trump, terhadap Rizab Persekutuan (Fed) AS supaya menurunkan Kadar Dana Fed.

“Trump terus menyatakan bahawa bank pusat perlu menurunkan kadar faedah dengan ketara. Beliau turut menyatakan akan mengumumkan calon bagi jawatan pengerusi Fed minggu depan, membayangkan bahawa beliau akan memilih seseorang yang selaras dengan matlamatnya untuk kadar dasar yang lebih rendah,” katanya kepada Bernama.

Semalam, ringgit susut 0.23 peratus kepada RM3.9295 selepas Fed memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah selain mengeluarkan penilaian positif terhadap ekonomi AS.

Namun, Mohd Afzanizam berkata prospek ringgit masih cenderung kepada pengukuhan dalam suasana ketidaktentuan di AS dan kelemahan dolar.

“Oleh itu, ringgit berpotensi meneruskan aliran meningkatnya dalam keadaan ketidaktentuan di AS dan dolar yang rendah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama dan serantau.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6899/7162 daripada 4.6953/7001 ketika ditutup pada Khamis, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5588/5733 daripada 2.5616/5644 serta naik berbanding pound Britain kepada 5.4114/4417 daripada 5.4207/4263.

Related Posts

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

SINGAPURA – Harga minyak meningkat apabila rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung perjanjian damai serta pembukaan semula Selat Hormuz menemui jalan buntu, manakala saham Asia bergerak tidak menentu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

KUALA LUMPUR — Sebut Prada, Gucci, Versace atau Armani, satu perkara akan terlintas di fikiran kita: Itali. Nama-nama itu bukan lagi sekadar jenama pakaian. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit