Hospital Pekan sedia khidmat perubatan tradisional

KUANTAN – Hospital Pekan menjadi hospital pertama di Pahang yang dilengkapi perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) bagi menawarkan pilihan rawatan lebih komprehensif kepada penduduk sekitar daerah ini.

Perasmian pembukaan perkhidmatan T&CM itu dilakukan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim, hari ini.

Ia sekali gus melakar sejarah baharu apabila ia menjadi fasiliti kesihatan ke-16 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan perkhidmatan tersebut.

Razali berkata, pembukaan unit baharu ini adalah inisiatif strategik KKM dalam mengintegrasikan perubatan tradisional dengan perubatan moden.

Beliau memberitahu, servis T&CM Hospital Pekan sudah beroperasi sepenuhnya dengan memfokuskan kepada urutan Melayu tradisional.

“Perkhidmatan ini dikendalikan pengamal perubatan tradisional bertauliah dan terlatih serta dipantau rapi mengikut piawaian KKM.

“Ia dipantau bagi menjamin keselamatan dan kualiti rawatan.

“Saya berharap ia akan diperluaskan ke daerah lain kerana rawatan seperti itu adalah relevan dan sebagai pelengkap kepada rawatan moden… selagi ianya dikawal dan selamat,” katanya.

Razali memaklumkan, rawatan urutan tradisional ditawarkan khusus sebagai rawatan sokongan bagi pesakit yang mengalami kesakitan kronik, termasuk bagi mengurangkan kesakitan termasuk sakit belakang dan sakit otot rangka.

Katanya, ia juga ditawarkan khusus bagi pemulihan pasca strok bagi membantu meningkatkan mobiliti dan mengurangkan kekejangan otot bagi pesakit yang telah stabil.

Beliau memberitahu perkhidmatan yang terletak di lobi aras dua Hospital Pekan itu beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali pada cuti umum.

“Bagi mendapatkan perkhidmatan ini pesakit perlu dirujuk oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan di klinik atau wad terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian rawatan.

“Caj rawatan yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu RM20 bagi setiap sesi rawatan,” jelasnya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik